Kata orang alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu?
Sewaktu sebelum kita bertunang, kita mesti membayangkan dugaan itu akan datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada, orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan kita. Ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atau saudara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan.
Namun begitu, sangkaan mungkin sedikit meleset. Sebenarnya ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan bukanlah berpunca daripada orang @ pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.
Apa pun percayalah, setiap sesuatu yg berlaku adalah kerana Allah, dan Dia mempunyai alasan yang tak terfikir oleh akal kita pun. jadi, jangan ambil mudah. doa & yakin = pengubat segala penyakit.
1) GADUH? semua orang pun gaduh, cuma jangan over la okay. semua persiapan dah buat, jangan mengada2 nak ingat kekasih lama ker, nak ungkit ker, nak besarkan hal kecik ker. hello? jangan tambah dosa..ingat! perkahwinan akan melengkapkan separuh dari agamamu..siapa yang perfect? takde kan? terima seadanya kekurangan dan kelemahan masing2..
2) PERSELISIHAN dengan ahli keluarga = perkara biasa bila ramai yg nak involve dalam majlis kita. abaikan. iyakan je, tapi lakukan ikut gerak hati anda..
3) SAKIT = ok..this is my case. saya sakit. ye SAKIT. sakit yang memang membataskan banyak perkara. semoga Allah sembuhkan penyakit saya ini. ustazah juga cakap ini dugaan orang nak kahwin, yang penting saya harus kuat. (terima kasih sangat2 kat chenta hati yang selalu bagi semangat dan kekuatan kepada saya... i luv u so much syg!)
Kepada bakal pengantin, jaga diri, jaga kesihatan. ingatlah Allah dalam setiap perkara. moga2 Dia permudahkan perjalanan kita untuk mengikut sunnah Rasulullah ini.... insyaAllah, aminnnn.
No comments:
Post a Comment