Saturday

a week to go~

Alhamdulillah... macam tak percaya, tinggal seminggu je lagi sebelum saya dan chenta hati bakal melangsungkan majlis perkahwinan kami...
semoga dipermudahkan segala urusan dan majlis kami nanti... insyaAllah...
semakin hari kami semakin sibuk dengan persiapan... (bukan sepatutnya semakin relaks ke?? :p)
sangat risau dengan persiapan... 
sampai migrain dibuatnya... huhuhuhu...
apa2 pun dah hampir 80% persiapan telah disempurnakan...
tinggal perkara2 yang memang tak boleh nak dilakukan dengan lebih awal seperti merebus telur, packing door gift, pasang cadar n langsir bilik pengantin (nanti tak surprise!!tapi kalau buat last2 minutes pun, last2 awak sendiri yang surprise tengok.. haaa.. baru tau!!)
sebanyak 4 dulang hantaran telah siap digubah...
lega sikit rasa...
tadi pun baru balik dari beli bunga manggar dan bunga untuk penanggah... hehe..
hopefully semua akan berjalan lancar...
aminn... insyaAllah...


Sunday

p.o.s.t.w.e.d.d.i.n.g.c.h.e.c.k.l.i.s.t

disebabkan after this kami bakal duduk di rumah sewa, banyak perkara yang perlu diambil perhatian...
terutama tentang peralatan rumah... 
tak kan nak duduk rumah kosong kan??
so there are some short-listed item yang perlu kami sediakan di rumah sewa nanti... 
tak perlu banyak, yang penting peralatan asas perlu ada...
1. sofa
2. meja makan ( at first kami decide untuk beli meja makan for 4 persons since ini hanya rumah sewa, dan taknak bersusah payah mengangkut ke rumah sendiri nanti (insyaAllah jika ada rezeki kami) tapi disebabkan Cavenzi  mark down prices gila2, kami dapat dining table for 6 persons for only RM299.. terima kasih untuk macha Abdullah kerana berjaya memujuk kami membeli dining set ni.. hahahaaa.. )
3. rak tv
4. coffee table (sebenarnye tak perlu sangat, tapi alasan kami membeli sama seperti alasan diatas.. ;p)
5. rak kasut (haa.. yang ni sangat penting bagi kami... kami merupakan gabungan pengumpul kasut terbanyak... lepas ni kereta kami akan jadi lebih ringan sebab kasut dah ada rumah sendiri...)
6. katil (THE MOST IMPORTANT!!! hikhik...)
7. fridge ( penting jugak, sebab kalau takde fridge, memang boleh jadi alasan terbaik untuk jadi pelanggan tetap kedai makan berhampiran...)
8. tv

buat masa ni, saya fikir saya hanya perlukan 8 perkara diatas..
sebenarnya banyak lagi yang perlu disenaraikan...
tong sampah, rak pinggan, lap kaki, ampaian baju, periuk, mangkuk, pinggan, sudu, garfu.. hehehe....
lagipun rumah yang bakal kami duduki ni dah lengkap dengan wardrobe, kitchen cabinet, dapur...
peralatan yang lain akan saya fikirkan selepas selesai majlis kami nanti...
sekarang ni dah takde masa nak fikir hal remeh temeh...
badan dah penat, seharian uruskan hal majlis...
sekarang saya nak rest...
jumpa lagi dalam next post...
insyaAllah..

Monday

macaroons on my wedding day... yayyy!!!!

wohoooo!!! serious sedap!!!

thanks to cik liyana yang sudi buatkan macaroons pada majlis saya nanti...
tak sabar nak makan... hahahaaaa.. (sempat ke saya makan nanti??? haihh..)
anyway, macaroons ni akan saya jadikan sebagai hantaran kepada encik tunang bagi menggantikan usual chocolate n candy... ada lah kelainan sikit... ;)

kejap2... macaroons tu apa???

saya google kejap ehh...

The word macaroon is applied to a variety of light, baked confections, described as either small cakes or meringue - like cookies depending on their consistency. The original macaroon was a "small sweet cake consisting largely of ground almonds" similar to Italian or Moroccan ameritti.

Source: Wikipedia


sebenornya, awok ni bukan lah terer sangat bab2 makanan ni, tapi awok suke bebenor nengok macaroons ni... comeyy... macam awok!!! huhuhuuu... (dem! apa yang saya mengarut ni?)

takpe lah, cakap banyak pun tak guna, apa kata kita layan gambar macaroons yang saya google ni... sebarang rasa keinginan yang tinggi, mengidam, meleleh air liur, sila tanggung sendiri... heheheee....



 hohoohoo... siap susun macam menara!!!

 pink colour... i loike! i loike!




yummy2!!!!!




hari minggu yang sangat memenatkan....

semalam adalah hari yang sangat memenatkan...
bukan saje badan, tapi otak saya pun sangat penat...
hmm, nak kahwin punya hal la ni...  (^.^)

pagi2 lagi ayah dah ajak pergi kedai cat...
asyik tangguh je, masa makin suntuk...
kena marah... (T.T)

nak tak nak, terpaksa lah juga ikut ayah ke kedai cat...
sampai kedai cat, baru terhegeh2 nak pilih warna...
nahhh... pilih la kau sampai lebam...  (=.=)
warna ape nak pilih pun taktau...

tokey tu pun dah naik bosan tunggu saya pilih warna...
baik layan customer lain... (kata tokey dalam hati)





selesai pilih warna, 
assistant tokey pun bancuh warna cat yang saya nak...


proses membancuh cat.. 


sekian...






mood: penatlah sangat... macam dia yang bancuh cat tu... cehhh! 






fondant cakes...fondant cupcakes?

lately baru teringat yang kek masih belum ditempah... 
mana yang harus dipilih?
fondant cakes or fondant cupcakes?


saya mengimpikan ade candy buffet pada majlis saya nanti...

macam dalam gambar ni... sangat sweet kan...
yeaaahhh... love so sweet.... :)


lupakan candy buffet ni...

back to topic of the day...


saya rase saya nak both fondant cakes & cupcakes...
rasenya chenta hati saya pun mesti setuju... (ok kan syg?)


google punye google, banyak jugak lah contoh2 yang saya suke...
yang ni sangat best!! chocalates... owh i luv chocolates so much!! ( but i do luv my chenta hati more! :p)


pink theme... i loike!!!

yang ni sangat sweet n simple... suke3.... :)


fondant cakes ni pun not bad....

ohhh... susahnya nak buat decision.... :p


dugaan???

Kata orang alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu?

Sewaktu sebelum kita bertunang, kita mesti membayangkan dugaan itu akan datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada, orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan kita. Ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atau saudara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan.

Namun begitu, sangkaan mungkin sedikit meleset. Sebenarnya ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan bukanlah berpunca daripada orang @ pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.

Apa pun percayalah, setiap sesuatu yg berlaku adalah kerana Allah, dan Dia mempunyai alasan yang tak terfikir oleh akal kita pun. jadi, jangan ambil mudah. doa & yakin = pengubat segala penyakit.

1) GADUH? semua orang pun gaduh, cuma jangan over la okay. semua persiapan dah buat, jangan mengada2 nak ingat kekasih lama ker, nak ungkit ker, nak besarkan hal kecik ker. hello? jangan tambah dosa..ingat! perkahwinan akan melengkapkan separuh dari agamamu..siapa yang perfect? takde kan? terima seadanya kekurangan dan kelemahan masing2..

2) PERSELISIHAN dengan ahli keluarga = perkara biasa bila ramai yg nak involve dalam majlis kita. abaikan. iyakan je, tapi lakukan ikut gerak hati anda..

3) SAKIT = ok..this is my case. saya sakit. ye SAKIT. sakit yang memang membataskan banyak perkara. semoga Allah sembuhkan penyakit saya ini. ustazah juga cakap ini dugaan orang nak kahwin, yang penting saya harus kuat. (terima kasih sangat2 kat chenta hati yang selalu bagi semangat dan kekuatan kepada saya... i luv u so much syg!)

Kepada bakal pengantin, jaga diri, jaga kesihatan. ingatlah Allah dalam setiap perkara. moga2 Dia permudahkan perjalanan kita untuk mengikut sunnah Rasulullah ini.... insyaAllah, aminnnn.

Saturday

idea oh idea!

satu persatu perkara telah selesai... syukur Alhamdulillah... but there is still a lot of things to do... now, mase untuk fikirkan hiasan bilik tidur dan rumah...

plan nak cat rumah n bilik... dalam mase yang berbaki 1 bulan lebih je ni, harap2 sempat la buat semua persiapan... 

oh ya, katil, cadar, langsir untuk bilik tidur masih belum dibeli... ingat nak ajak chenta hati pergi survey langsir since saya dah plan untuk gunakan semula langsir tu untuk rumah kami nanti... jimat kan?? so, saya tak boleh la nak buat keputusan sendiri... perlu dapatkan persetujuan dari encik tunang juga... :)

kat bawah ni ada beberapa contoh yang boleh dipinjam sebagai idea untuk hias bilik tidur saya nanti... hmmm... macam mana encik tunang??? which one do you prefer?? 









Tuesday

baju dah siap.. yeyy!!!

balik dari ofis tadi, saya tengok ada baju cantik dah siap bergantung di tepi mesin jahit mak tersayang... owh, baju nikah saya sudah siap!!!!!

tak terucap dengan kata2 betapa terujanya saya melihat baju itu.... heheee... walaupun simple, tapi saya memang sangat suka... lagi2 bila baju tu di beri oleh chenta hati saya semasa majlis pertunangan untuk dipakai ketika majlis pernikahan kami nanti...

lepas mandi dan solat, terus fitting baju baru... erkk!! tak muatt!!! huhuhuuu.... mak mesti tak sangka yang anak mak ni dah besar, dah nak kahwin pun... hohoho... nampaknya mak kena buat alteration... :( takpe lah, yang penting, baju tu memang menepati citarasa saya.... terima kasih mak, jasamu memang tidak dapat saya balas.... i love you!!


Saturday

bunga telur oh bunga telur....

korang mesti tak sabar nak tengok macam mana rupa bunga telur saya kan?? (iye2 je tak sabar.. hee..)
okay lah, walaupun tak siap 100%, saya dah rasa teruja dengan hasil kerja tangan saya itu... :D
maklum lah, saya ni bukan lah orang seni, jauh sekali kreatif, ditambah pula tak berapa nak rajin dalam hal remeh temeh ni...hoho...

tapi takpe, untuk tak meghampakan you alls semua, saya akan upload jugak la pic bunga telur saya tu... 
(macam la cantik sangat, beriya2 nak tunjuk kat sini) 
(=.=)

jika ada sebarang komen atau cadangan, saya minta jasa baik anda semua supaya simpan dalam hati je... tak payah susah2 nak bagitau saya wether bunga tu cantik ke tidak... hahahahahahaaaa... :P


taaaadaaaaaa.....







 baru siap sekuntum... huhu...

dah jadi berkuntum2.... ;)

dari berkuntum2, saya dah cantum untuk menjadi sebuah bunga telur... hehe...

ehhh, dah berbuah dah bunga telur saya... i loike!!!

lebih kurang camni la hasil air tangan saya yang tak berapa nak seni ni... jadi la kan... *sigh!

Friday

kantoi....

hari ni saya telah kantoi....
hahaahahaaaa...
gelakkan diri sendiri....

malu gila okay!!!!
sangat maluuuuu.....

*actually saya nak text chenta hati saya, "MY LUV"
tapi ter text ke "MY DADDY"

ayah siap reply...
wawawawawaaaaa.....



*takde mood nak balik rumah... huuuu...


Tuesday

kakak misi yang emo....... (>;<)

entry kali ni mungkin tak berapa nak sesuai... tapi ade kena mengena dengan persiapan saya dan chenta hati saya untuk meniti saat2 bahagia sebagai husband and wife.. chewahhhh!! (^_^)

hari ni dengan perasaan yang excited dan hati yang berbunga2, saya dan encik tunang menuju ke Klinik M untuk menjalani ujian saringan HIV... ujian yang MESTI dilakukan bagi pasangan yang ingin berkahwin... tak payah lah nak explain lebih, korang mesti lah tau ape sebabnya... kalau korang tak tau, maknanya korang belum bersedia untuk berkahwin ataupun belum cukup umur untuk berkahwin... hehehee... :P

sesampainya kami di Klinik M tu, suasana amat suram dan sunyi... owh, dah pukul 1... mesti kakak2 misi dan doktor dah pergi merehatkan diri dari tugas mereka sebentar... emmm, perut pun dah lapar, kami pun menapak lah menuju ke deretan gerai makan yang berhampiran...

setibanya di medan selera tu, ade satu gerai ni penuh sesak dengan pelanggan yang tak sabar2 nak mencekik... ehehee... manakala ade 2 buah gerai lagi, nampak agak lengang dengan ade beberapa orang pelanggan je... kalau anda berada di tempat saya, gerai mana yang menjadi pilihan anda?? dah tentulah gerai yang ramai orang tu kan?? sebab, 1.mesti makanan sedap, 2.banyak pilihan lauk, 3.murah
kemungkinan2 yang selalu ada di fikiran bila tengok orang berasak2 menyerbu gerai tersebut..

walaupun camtu, saya ni tak suka bersesak, dan perasaan cepat kasihan memang sangat menebal dalam diri saya, saya pun memilih untuk makan di gerai B yang lengang tu... kesian kat akak tu... huhuhuu... melihat pilihan lauk yang ada, saya kira makanan disini boleh tahan laa... mungkin presentation tak setanding gerai A, tapi mungkin rasanya lebih sedap, siapa tau kan??

saya memilih lauk daging goreng dan sayur tauge... simple je... disirami sedikit kuah kari... KETAM masak kari... ehhh, kari masak ketam.. hahaaa... ape2 je laa... tengok ketam, teringat chenta hati... kami memang suka makan ketam... dan sotong... heeee... tapi sayangnya, die tak nak makan, dah kenyang katenya... ( ke diet?? dah kurus camtu, tak payah la diet2 sayang oii.. hikhik...)

tengah syok2 makan, sambil cuci2 mata tengok perangai manusia disekeliling yang tengah sibuk melayan makanan, mata tertumpu pada sebuah meja yang diduduki 4 orang pemuda di gerai A... (pemuda kot, tak nampak macam petua pun.. :P) salah seorang dari pemuda tu, memanggil pekerja dari gerai A sambil mengangkat gelas minuman nya setinggi yang boleh (nak bagi semua orang nampak kot!) sambil menunjukkan sesuatu dalam gelas tersebut... suasana yang agak bising dan pandangan yang kurang jelas (maaf, saya rabun) menghampakan saya untuk mengetahui apa yang berlaku... alaaa... :( tapi apa yang pasti, tokey kedai tu nampak gelisah dengan reaksi pemuda tadi memandangkan banyak mata yang menyaksikan kejadian tersebut...

ehh, rasenya tajuk entry ni pasal kakak misi, tetiba cerita gerai pulak... kecoh betul laaa.. okay, lepas makan, kami pun terus menuju ke Klinik M semula... nampaknya kaunter pendaftaran telah dibuka, kami pun terus menuju ke kaunter dan menyatakan hasrat kami... berbekalkan maklumat temujanji yang encik tunang dah buat semalam, kami pun mengisi borang yang diberikan... done... tunggu untuk proses seterusnya...

tunggu punya tunggu, nama saya pun di panggil untuk masuk ke bilik rawatan... sambil pegang borang yang saya isi tadi, kakak misi yang bertugas tu tanye saya dari mane... saya cakap la dari SA... tetibe macam angin tsunami datang menyerang, die bertanya kenapa saya tak pergi buat ujian di Klinik SA?? kenapa datang ke sini?? kita kena ikut kawasan, ni bukan kawasan SA, blablablabla... saya yang mulanya agak terkedu, jadi bengang pulak dengan kakak misi ni... saya yang masih mampu mengawal emosi, dengan tenang menjawab, "saya tak tau pun tak boleh buat kat sini, sebab semalam saya dah call, tanye untuk appointment, staf yang bertugas tu kate okay, dan die yang set kan tarikh appointment pada hari ni.." dengan pantas die menjawab, "ye lah, misi kat sini buat kerja cepat, 10 minit dah boleh siap!!" hek eleh.. tapi dengan muka cool, saya menjawab, "saya dah pergi Klinik SA, tapi appointment dah penuh sampai hujung bulan.. saya pun dah pergi ke Klinik BK......" tak abis saya cakap, kakak misi ni potong, "diorang pun tak nak terima kan??" ewahhh, ni boleh bikin hati saya panas... saya yang masih cool dan dengan muka tak bersalah nye pun jawab, "tak lah, diorang terima, tapi cuma kit diorang dah habis, so tak boleh buat".. kakak misi tu masih tak puas hati, "kalau kit habis, pergi la pinjam stok dari mana2 dulu.. kita kena ikut kawasan, tapi awak dah datang, takkan kita nak halau pulak!" so, kalau tak nak halau, buat sajalah kerja kamu wahai kakak misi yang emo!! huhh... tuppp! die cucuk jari saya... berdarah... terus letakkan darah pada kit ujikaji... selesai... senang kan???

selepas keluar dari bilik rawatan, encik tunang terus tanye, "kenapa misi tu? die marah ke? nampak kepala terhangguk2 macam membebel je.." hekhek... saya pun cerita lah ape yang terjadi... cerita punya cerita, tibalah giliran chenta hati saya untuk buat ujian... hmm, confirm kena marah gak ni... heeee... biarlah, kakak misi tu ada masalah hormon agaknya... :D

selepas 10 minit menunggu, akhirnya nama saya dipanggil sekali lagi... kali ni encik tunang berada berdekatan terus menuju ke misi di bilik rawatan tersebut... kakak misi tu pun bagi lah borang keputusan ujian kami dan kepada sepasang couple lagi... "dah, boleh balik.." huhuhu... apa daaa... bukan susah sangat pun buat ujian ni... dan yang paling saya tak puas hati, bukannya ramai sangat yang buat, hanya kami dan sepasang couple tadi...

apa2 pun, jari yang dicucuk tadi masih terasa berdenyut2, walaupun darah dah berhenti keluar, tapi hati saya masih berdarah dan berparut dengan perangai KAKAK MISI YANG EMO tu... huhhh... bwekkkk! nak je saya buat camtu depan die tadi... hahahaaa.... :p

another checklist...

rupanya ada lagi checklist yang perlu saya buat... bukan semata-mata checklist persediaan untuk majlis, checklist untuk selepas majlis pun perlu saya siapkan...

biasa lah, lepas kahwin, nak kena mulakan kehidupan yang baru... bagi yang sebelum ni duduk di rumah sewa bersama rakan bujang, takkan la kita nak usung husband of wife tercinta duduk sebumbung bersama pulak!! sangat pelik okay!! tapi ada pernah terjadi kes ni pada my cousin... 15 years back... mase tu, maybe diorang takde persiapan tentang rumah yang bakal mereka duduki bila dah berkahwin... atau terlalu leka dengan persiapan sebelum kahwin, hingga terlupa untuk mencari rumah sewa... akibatnya, si isteri terpaksalah menyewa bersama-sama rakan bujang sang suami... walaupun mereka sewa 1 bilik, tapi memang TAKDE PRIVACY LANGSUNG!! sangat sedey kan?? camne si isteri nak tunjuk skill memasak pada suami tercinta?? nanti habis 1 rumah dapat merasai kesedapan masakan hasil air tangan si isteri... hahahaaa...

saya sangat bertuah sebab dari sekolah rendah, menengah, universiti dan sehinggalah tempat kerja semuanya berada sangat berdekatan dengan rumah parents... so saya tak pernah mengalami pengalaman susah payah berdikari duduk menyewa bersama rakan bujang... duduk kat rumah mak ayah semua dah siap tersedia... heheehe... memang sangat bertuah... pernah la dulu, zaman sekolah, dapat masuk asrama, walau jauh tak sampai 10 marhalah, saya duduk asrama hanya 2 MINGGU JE!! mengarut betul... orang kate anak manja, tapi saya berkeras mengatakan saya bukan begitu...cuma perasaan kesian kan mak dan ayah yang kesunyian di rumah tanpa saya... hekhekhek...

tengok, ape yang cuba saya sampaikan ni??? bukan ke nak buat checklist baru??? okay2 jom kite tengok ape checklist baru tu... tapi tunggu dalam post yang akan datang la ye... :D




Saturday

Work In Progress

2 more months to go... yeeaahhhaa!! but still got a lot of preparation to do... bunga telur is half way siap, by the end of march hopefully siap kesemua bunga telur saya... yeayy!!

lepas ni boleh la focus on other things yang tak siap lagi... the most important, nak kena pergi butik untuk fitting baju baru... (cik emma. baju dah siap ke belum??) pastu kena confirm about setting of the canopy... (meja makan pengantin n tetamu VIP nye decoration) ambil kad jemputan kahwin (yang masih dalam proses printing) oh ya, kena ingatkan chenta hati saya tentang our wedding banner... hmmm, gambar takde lagi ni... huhuhu...

barang hantaran encik tunang masih belum cukup... haihhh, risau gak ni... takut last minutes nanti entah ape2 barang yang kami beli... hihihi... nanti takde sentimental value... :p

hmmm, bilik pengantin pun belum complete... still searching for cadar n katil... decoration n bunga hiasan dah siap beli, tapi pasu takde lagi... alahai... kena merayau lagi la nampaknya ni... >.<

ok lah, nak sambung "membungakan telur".... hahahahaaaa... opps, kalau rajin nanti saya upload pic bunga telur saya yang cantek tu k! hihi... daaaa~



*@#$%^&*!



frust sangat bila designer yang sepatutnya merekabentuk kad kahwin kami tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik... so **** frustrated!!!

dengan masa yang suntuk ni, kami terpaksalah dengan berat hati menempah kad yang baru di tempat yang baru juga... :(

last friday, pergi lunch dengan officemates di Plaza Alam Sentral... kebetulan ade pameran pengantin... walaupun hanya ade 6 booth je, tapi saya bernasib baik sebab ade 1 booth untuk tempahan kad kahwin... lega!! terus call encik tunang, chenta hati saya, minta persetujuan untuk booking...

lately my chenta hati tersangatlah busy dengan pelbagai function n program... aduyaiii... takpe lah, nak buat camne kan, sebagai tunang yang memahami, kena la bersabar... hehehehee... hopefully petang ni appointment kami akan berjalan dengan lancar... insyaAllah...

Friday

Do It Yourself..

Setelah puas merayau untuk mencari bunga telur yang sesuai untuk diberi kepada tetamu, yang saya dapat hanyalah PENAT!!! huhuhuu...semuanya tak menapati citarasa...
so, saya decide nak buat sendiri je... baru la ade sentimental value... lagipun SANGAT JIMAT!!

now kena start mencari bahan dan ilham... hehehe... maklum ler, awak tu bukan nye pernah buat bunga telur... tetibe je excited nak buat... nasib baik mak sentiasa bagi sokongan... sanggup ikut saya kesana ke mari cari bahan n berkongsi idea... thanks mak... :)

ok lah, nanti kalau dah start operasi membuat bunga telur, saya akan update lagi... emmm, tinggal 3 bulan lagi, harap2 sempat buat... selamat membuat bunga telur ye cik faz!!! hihihi....

Sunday

Positif....

Alhamdulillah, ada sedikit perkembangan positif dalam persiapan kami... 
dah jumpa wedding planner yang sesuai untuk majlis kami...
baju, make-up & pelamin...
dah selamat ditempah... hehehe...
now just nak confirmkan design baju for both of us since kami nak buat baju baru...
tak nak ready made yang ada kat butik...
lagipun cost tambahan sebanyak RM150 untuk setiap baju adalah affordable dan sangat reasonable bagi kami... 
hopefully semuanya akan berjalan lancar seperti yang diharapkan...
so Emma, my wedding planner, please do a very good job haa...
kerana kami sangat2 percaya pada anda... hehehee...

(tengah browsing and searching for the wedding dress design.. chaiyok2!!)

Thursday

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




lagu ni saya tujukan khas buat chenta hati saya...
"kasihku, ku amat mencintai kamu...."
i love you so much sayang...

Sunday

m.y w.e.d.d.i.n.g c.h.e.c.k.l.i.s.t

Hantaran for my chenta hati
1.  Kemeja + Slack
2.  Kasut
3.  Wallet + belt
4.  Jam
5.  Perfume
6.  Cup cakes
7.  Coklat / Candy (ganti dengan macaroons)
8.  Buah-buahan
9.  ????

Hantaran for me :)
1.  Mas Kahwin + Hantaran
2.  Kain Sutera 
3.  Handbag
4.  Kasut
5.  Jam
6.  Perfume
7.  Surprise!! ;p 
8.  Kek
9.  Coklat / Candy

Kebenaran kahwin
1.  Kursus Kahwin
2.  Ambil Borang
3.  HIV Test
4.  Lengkap & Hantar Borang
5.  Inform Tok Kadi

Majlis Akad Nikah
1.  Baju Nikah
2.  Make-up
3.  Photographer

Majlis Bersanding / Resepi
1.  Sewa baju sanding
2.  Make-up
3.  Sewa set Pelamin
4.  Catering
5.  Canopy
6.  PA system
7.  Gamelan (tak jadi.... huuuuu...)
8.  Photographer
9.  Kompang
10.Bunga Pahar
11.Bunga Manggar
12.Kad Kahwin
13.Bekas / Paper bag untuk Door Gift
14.Door gift + Telur
15.Bekas for VIP Door Gift (rombongan pihak lelaki)
16.VIP Door gift
17.Senarai Tetamu
18.Kek Pengantin
19.Pengapit
20.Baju Pengapit
21.Inai
22.Penanda Arah
23.Spa + Facial
24.Dentist - scaling

Majlis Bertandang
1.  Sewa Baju
2.  Make-up
3.  Sewa set Pelamin Lengkap
4.  Photographer
5.  Homestay

Rumah
1.  Hiasan rumah
2.  Langsir rumah

Bilik Pengantin
1.  Katil
2.  Cadar
3.  Langsir
4.  Hiasan bilik pengantin
5.  Carpet
6.  Cat bilik (kalau rajin) baru beli cat je...
7.  Lampu bilik (kena tukar)

Selepas kahwin
1.Honeymoon


ouh!! nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan!!!!!! (>.<)




Saturday

theme.. theme.. theme..

okay, now dah decide theme colour..
bukan 1, bukan 2, tapi 3 warna!!
disebabkan hanya saya seorang yang tergila-gilakan warna pink,
(orang sekeliling terlalu menyampah dengan favourite colour saya,,, huuu... sangat sedih!)
jadi saya telah bersetuju untuk memilih warna lain sebagai tema di hari bahagia saya itu nanti...
walaupun begitu, pink MESTI ade..
hehe...

tadaaa...


(ini adalah contoh hantaran idaman yang mengikut theme colour wedding saya)

PINK, PURPLE AND OFF-WHITE...

 (off-white tu lebih senang kalau dipanggil warna krim.. hehe..)
so,  sukahati korang lah nak ikut warna tema yang mana satu... 
(^ _ ^)







i love you sayang

CINTAI dia seadanya, kerana dia adalah seBAHAGIAN dari KITA...
kekurangan dia, keLEMAHan kita, keLEBIHan dia, keBANGGAan kita...

i love you so much sayang...

*mood jiwang*


H.o.n.E.y + M.o.o.N = H.a.P.p.Y ! ! !

tiba-tiba saya ter"survey" tempat untuk honeymoon...
( ^.^ ) 
sangat sukakan pantai..
tapi nak ke mana??
emmm...
encik tunang kata, nak jelajah utara Malaysia...
semua negeri??
YUP!!
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak..
owh, tak sabar nya!!
heheheee...

Friday

misi pencarian yang masih belum berakhir.....

masih dalam mood pencarian..
walaupun saya dan chenta hati dah decide wedding planner dan butik mana yang nak dipilih,
saya tetap teruskan misi mencari..
bukan apa, saja nak compare dan dapatkan idea2 yang lebih menarik, tertarik dan da bomb!!
kahwin sekali seumur hidup, mesti nak yang terbaik..
tapi jangan berlebih2, semuanya kena ikut kemampuan..
ukur baju dibadan sendiri ye..
actually saya sedang survey pelamin dan pakaian untuk dipakai mase bersanding..
french lace ke songket??
moden ke tradisional??
theme colour macam mana pula??
ramai yang bertanya tentang theme colour wedding kami.. 
perlukah??
saya sukakan pink, tapi tidak untuk chenta hati saya..
emmm..
(>.<)






Saturday

exhausted

another exhausted day.... 
sangat penat okay!
aktiviti bermula jam 10 pagi...
terus ke Putra Height, temujanji bersama wedding planner...
tengok pakej, baju n pelamin...
emmm... perut lapar...
singgah makan dulu...
ade ketam masak lemak!!!
sangat berselera...
rushing ke Cheras...
ambil nadira n nashriq...
terus ke KLCC...
misi mencari barang hantaran untuk encik tunang...
satu ape pun belum beli lagi untuk chenta hati saya tu...
barang untuk saya pun belum habis beli lagi..
jalan sana...jalan sini...jalan dan jalan lagi...
dari satu kedai ke satu kedai...
hampir semua ruang kami singgah...
nak masuk toilet kena bayar RM2 pulak... haihh!
encik tunang berkenan ngan satu barang...
tapi takde stok di KLCC...
check stok, ade kat Pavillion...
adehhhh... nak kena jalan ke sana...
melecet kaki!!
:(
demi chenta hati, kami harung juga...
berjalanlah beramai-ramai ke Pavillion...

the end...
(= . =)



Wednesday

...........

bila dah serabut ni, tak nak fikir banyak2...
buat tambah pening and uban di kepala je...
hahahahaa...
now saya tengah survey contoh pelamin...
saya suka yang simple, sweet and nice...
tak nak yang terlalu sarat and serabut dengan bunga2 palsu...
hehehe...
saya suka fresh flower...
encik tunang sukakan modern style...
so saya kena tengok pelamin yang ala2 modern lah...
(dia pernah kata one of pelamin yang saya kata cantik tu nampak macam kampung! huuu... sentap!)


hmm.. ini lebih kurang pelamin idaman encik tunang...
setiap butik yang kami pergi, mesti die tanye pasal kerusi ni...
(adeh... layankan aje... :p)

setelah hampir 10 butik yang kami pergi survey,
at last encik tunang suka dengan salah satu butik...

okay, i agree...


SeRaBuT~ arghhhhhhhhh.......

ohhh... sangat pening!!
pening bila fikir tinggal berapa bulan lagi majlis akan berlangsung...
satu apa pun tak siap lagi...
kad jemputan masih dalam proses design (mr. designer, tolonglah cepat sikit design tu ye!)
pelamin, baju, make-up,
semua tak tempah lagi...
arghhh!!!
barang hantaran pun belum habis beli lagi...
haihh,,.
yang dah confirm cuma catering... (tu pun ayah yang uruskan)
canopy???
my chenta hati kata nak tolong uruskan, tapi masih belum minta quotation.. (pening lagi!)
hmmmm...
%$^&*^%$#@!

Sunday

sharing is caring

just wanna share some of the great moments during my engagement... ramai yang bertanya, apa perasaan bila bakal menjadi tunangan orang?? hmmm... let me think... takde perasaan!! hehe... takde rase gembira, takde rase gementar... macam takde ape2 yang bakal berlaku... rase stress ade lah, sebab asyik sibuk menyiapkan barang hantaran... serba tak kena tengok hantaran... ade je yang tak cukup...

sampai waktu saya di"make-over" pun masih takde perasaan teruja... tapi lepas encik tunang text bagitau yang rombongan dah bertolak, aderenaline rush!!! darah terus naik ke kepala... hahahaa... rasekan.. ni baru bertunang, kalau time nikah nanti, tak tau la camne... harap Allah permudahkan segala urusanku... seram sejuk... sampaikan bakal mak mertua saya tanye, "kenapa tangan sejuk?" huhuhuhuhu... malu gile!!

tapi yang betul2 buat saya teruja + touching, bile encik tunang hadiahkan a bouquet of rosses... owhsosweet!! thank you so much my dear... nak tau kenapa saya sangat touching?? sebab encik tunang saya bukanlah seorang yang romantic... semenjak perkenalan 3 tahun lepas, setiap kali convocation berlangsung (almost 6 sessions) saya minta dia belikan bunga... tapi dia akan kata "jangan mengada2 lah, bunga tu bukan boleh makan pun... membazir je.." huuuu... sangat sentap!!



e.n.g.a.g.e.m.e.n.t

cincin risik di jari kiri, cincin tunang di jari kanan.. thanks to my chenta hati for the lovely and beautiful rings..

i'm officially engaged to my chenta hati on 25th December 2010... semoga Allah permudahkan segala urusan kami untuk menempuhi hari bahagia somewhere in May 2011... insyaAllah...